2.0 Paparan Video






Setelah melihat paparan video ini,  kita dapat mengetahui bahawa isipadu cecair dapat ditentukan menggunakan bahan-bahan yang standard iaitu silinder penyukat seperti yang ditunjukkan tadi. Bacaan bagi silinder penyukat ini mestilah dilakukan dengan betul mengikut takat air yang menjadi tanda bacaan seperti di bawah;


Saya memilih video ini kerana ianya amat sesuai bagi saya. Visual video ini amatlah mudah difahami oleh kanak-kanak. Seterusnya saya akan membincangkan pula kaedah dan teknik menggunakan silinder penyukat seperti yang kita dapat tontoni melalui video ini. Setiap silinder penyukat adalah mempunyai skala yang sama rata . Penggunaan silinder penyukat amat sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah kerana  ianya boleh didapati di makmal sains sekolah.  Bagi proses menyukat pula, kita bolehlah menuangkan air ke dalam silinder dan membuat kiraan yang tepat. Peranan kedudukan mata amatlah penting dalam memastikan ketepatan bacaan.. Bacaan yang tepat adalah berada selari dengan skala sukatan bukannya dari pandangan atas mahupun bawah .