1.0 Pengenalan





Dewasa ini, pengetahuan tentang pengukuran isipadu cecair amat berguna dalam kehidupan harian kita. Ini kerana cecair tidak mempunyai bentuk yang kekal. Ia akan berubah bentuknya mengikut bentuk bekas yang digunakan. Isipadunya akan tetap kekal tetapi aras cecairnya akan berubah mengikut bentuk atau saiz bekas yang digunakan untuk mengukur. Masalah konsepsi isipadu cecair boleh kita definisikan sebagai kesilapan penaakulan kanak-kanak terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza

Bagi golongan kanak-kanak sekolah rendah, mereka kerap melakukan kesilapan untuk membezakan bekas mana yang akan mempunyai isipadu yang banyak dan sedikit. Mereka sering kali mengukur cecair tersebut berdasarkan bekas yang digunakan. Sekiranya bekas yang menakung bahan cecair tadi bersaiz besar maka secara tidak langsung jumlah cecair yang berada di dalamnya dianggap banyak berbanding dengan bekas yang memanjang tetapi kecil. Mereka menggangap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas. Kanak-kanak selalu melihat pada ketinggian daripada keluasan sesuatu bekas. Salah konsep mengenai kapasiti telah menyebabkan mereka tidak dapat membuat anggaran bekas yang manakah mengandungi lebih banyak isipadunya.

Jadi, bagi membetulkan salah konsep mengenai kapasiti, guru boleh bermula dengan mengkaji kapasiti dengan membuat perbandingan secara langsung. Dalam menjelaskan konsep ini, terdapat banyak bahan-bahan yang boleh digunakan seperti bahan-bahan yang memang sudah disetarakan yang mempunyai ukuran sukatan yang telah diselaraskan seperti silinder penyukat. Manakala bahan-bahan yang tidak disetarakan dan tidak mempunyai ukuran sukatan tetapi mempunyai saiz yang sama seperti baldi, gelas, tin dan sebagainya. Kemudian guru hendaklah mengajar murid cara mengukur dan membaca sukatan dengan tepat pada silinder penyukat.


Sememangnya ramai adik-adik yang ingin tahu bagaimana hendak membaca sukatan dengan tepat. Di sini adik-adik boleh mendapatkan maklumat dan tunjuk ajar.