4.0 Aktiviti Pengajaran

AKTIVITI PENGAJARAN 1 
(UNTUK MURID ARAS RENDAH)
Tajuk : Isipadu Cecair
Bidang Pembelajaran : Menyukat Isipadu Cecair Dalam Unit Standard
Hasil Pembelajaran : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, murid-murid dijangka dapat menyukat dan membandingkan

isipadu cecair dengan menggunakan unit standard dalam
liter.


Alat Bantu Mengajar :
a)Bekas botol air mineral
b)Baldi
c)Corong yang diperbuat dari kad manila
d)Kad arahan (5 sukatan yang berlainan)

Aktiviti:

Set Induksi
1. Guru menayangkan video pengenalan bagaimana membaca isipadu pada layar monitor.
2. Guru menyoal murid berpandukan tayangan yang telah mereka saksikan.


Langkah 1
1. Guru memberi penerangan pada murid tentang kemahiran yang mereka akan belajar.
2. Guru seterusnya membuat tunjuk cara bagaimana menyukat isipadu air dalam bekas air mineral.
3. Guru kemudiannya memanggil beberapa orang murid untuk mencuba di hadapan kelas.


Langkah 2
1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan kecil di mana setiap kumpulan terdiri dari 5 orang
    murid.
2. Guru menyuruh setiap kumpulan agar memasukkan air ke dalam botol mengikut sukatan yang
    terkandung pada kad arahan setiap kumpulan.Contoh, jika kad arahan menyatakan Botol A
    perlu diisi dengan air sebanyak 3 liter, maka kumpulan tersebut perlu berhati-hati untuk
    mengisi botol A tersebut sebanyak 3 liter.
3. Setiap kumpulan telah bersedia dengan bahan-bahan seperti 5 botol bekas air mineral(Label A
    hingga E), satu baldi berisi air, corong dan kad arahan di atas meja.
4. Guru meniup wisel untuk memulakan permainan. Kumpulan yang dapat memberi sukatan yang betul
    seperti pada kad arahan adalah pemenang.


Langkah 3
1. Guru mengedarkan lembaran kerja iaitu murid menulis isipadu mengikut sukatan yang terdapat
    pada setiap silinder itu.
2. Murid-murid menyiapkan lembaran kerja dan menghantar kepada guru.


Penutup
1. Guru memberi rumusan mengenai apa yang telah dipelajari.



AKTIVITI PENGAJARAN 2 
(UNTUK MURID ARAS TINGGI)
Tajuk : Isipadu Cecair
Bidang Pembelajaran : Menyukat Isipadu Cecair Dalam Unit Standard
Hasil Pembelajaran : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, murid-
                                murid dijangka dapat mengukur dan membandingkan
                                isipadu cecair dengan menggunakan unit non-standard
                                seragam.


Alat Bantu Mengajar :
a) Baldi kecil plastik
b) Botol plastik
c) 20 Cawan plastik sama saiz
d) Pewarna air
e) Jag plastik


Aktiviti:

Set Induksi
1. Guru menunjukkan satu botol air dan satu mangkuk besar berisi air.
2. Guru bertanya kepada murid-murid yang manakah antara bahan tersebut mempunyai kuantiti air yang
    banyak.
3. Murid memberi maklum balas soalan guru.
4. Guru mempenalkan tajuk kemahiran yang akan dipelajari.


Langkah 1
1. Guru menerangkan bagaimana untuk menyukat dan membandingkan isipadu cecair menggunakan bahan
bukan standard piawai.
2. Guru membuat demonstrasi cara menyukat isipadu cecair dengan menggunakan cawan plastik.
3. Guru menunjukcara di hadapan murid dengan menuangkan 1 baldi kecil ke dalam jag plastik
    dan menuangkan semula air tersebut ke dalam cawan plastik.


Langkah 2
1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan kecil.
2. Guru melantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.
3. Guru memasukkan air yang telah diwarnakan ke dalam botol plastik dan baldi kecil plastik.
4. Kemudian,guru mengagihkan bahan-bahan tersebut kepada setiap kumpulan.
5. Murid-murid akan melakukan aktiviti berpandukan arahan yang diberikan oleh guru. Guru
    menyuruh murid menuangkan sebotol air yang telah diwarnakan merah ke dalam jag kosong.
    Kemudian murid disuruh menuangkan semula air tadi ke dalam cawan plastik . Selepas itu,
    guru menyuruh murid mengira jumlah cawan plastik yang digunakan untuk mengisi kesemua
    air dari botol itu tadi.
6. Selepas itu , guru menyuruh semula murid-murid menuangkan lagi 1 baldi kecil yang
    mengandungi air yang berwarna merah ke dalam jag. Air tadi dituang semula ke dalam cawan
    plastik. Kemudian, kira jumlah cawan plastik yang digunakan untuk mengisi kesemua
    air itu tadi.
7. Guru meminta murid-murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah.
    Contoh : a) Air di dalam Baldi kecil boleh memenuhi ________ biji cawan plastik.
b) Air di dalam Botol plastik boleh memenuhi ________ biji cawan plastik.
8. Minta murid membincangkan bekas yang manakah mempunyai kapasiti yang paling kecil.
9. Guru membimbing murid merumuskan isipelajaran dengan menyatakan bahawa isipadu bagi
    sesuatu objek dapat disukat melalui kuantiti air yang terkandung di dalam setiap bekas.


Langkah 3
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.
2. Murid-murid menyiapkan lembaran kerja dan menghantar kepada guru.

Penutup
1. Guru merumus isi pengajaran pada murid-murid.