Silinder penyukat merupakan salah satu alat untuk mengukur isipadu cecair dengan tepat. Selain daripada penggunaan bahan ini terdapat juga sumber lain yang boleh kita gunakan untuk menyukat isipadu cecair. Contohnya, bekas makanan plastik, botol air, baldi , cawan dan sebagainya. Saya telah memilih du bahan alat bantu mengajar akan digunakan oleh saya untuk menjelaskan konsep perbandingan isipadu cecair dengan menggunakan bahan yang tidak mempunyai ukuran unit yang standard. Dua alat bahan bantu mengajar yang saya hasilkan ini adalah berdasarkan faktor-faktor di bawah :
a) senang dan mudah untuk di buat atau dihasilkan
b) berkaitan dengan kehidupan seharian murid
c) sesuai dengan semua tahap murid
d) murah dan ekonomi
Bahan Bantu Mengajar 1 - Penggunaan botol air mineral dan turas untuk membaca isipadu cecair (Untuk pelajar Aras Rendah)
Saya memilih bekas botol air mineral kerana ia senang di perolehi dan terdapat di mana-mana termasuk di rumah kita. Botol ini juga senang untuk kita tulis sesuatu iaitu dengan menggunakan pen marker. Bahan Bantu saya adalah seperti di bawah iaitu menggunakan 5 botol bekas air mineral, satu baldi dan kad manila. Corong pula saya menggunakan dari kad manila kerana ia murah dan bahan tersebut ada di sekolah.
Bahan Bantu Mengajar 2 - Membandingkan Isipadu cecair dengan Bahan-bahan Di sekeliling Kita (Untuk pelajar Aras Tinggi)
Antara alat-alat yang digunakan untuk bahan mengajar ini ialah
Baldi kecil plastik
b) Botol plastik
c) 20 Cawan plastik sama saiz
d) Pewarna air (Watercolour)
e) Jag plastik